Wednesday, June 1, 2016

Never Regret



Benar kata orang,
Setiap seorang yang datang dalam hidup kau akan bawa dua perkara.
Sama ada sebagai pengajaran, atau sebagai semangat dalam hidup kau.

Aku punya keduanya.
Setahun di Matrikulasi Selangor.
Cukup banyak kenangan yang kau berikan.

Kuliah yang sama.
Itu satu advantage untuk aku.
Semester pertama,
Aku mula melihat kehadiran kau.
Masih teringat kali pertama aku lihat kehadiran kau.
"Siapa ni? Budak baru dalam kuliah ke? Second intake ke? Tak pernah nampak pun"

Bermula dari hari itu lah aku sering memerhatikanmu.
Setiap kali kau masuk pintu dewan kuliah,
Hati aku gembira, bahagia tak terkata.
Aku tak berani terburu-buru.
Hati ini masih perlukan rawatan.

Hanya doa aku panjatkan agar kau menyedari kehadiran aku.
Hanya dengan doa aku berharap agar Dia buka pintu hati kau untuk aku.
Hanya dengan doa aku berkeyakinan bahawa satu hari nanti hati kau akan terbuka untuk aku.
Dan hanya dengan doa aku kuatkan semangat aku untuk terus mencintai kau.

Tapi ada pepatah kata takkan ada perkara yang berubah andai kau hanya berdoa dan tidak berusaha.
Maka dengan itu,
Aku susun langkah aku perlahan-lahan untuk mendekati kau.
Tapi masih lagi ada batasnya.
Aku tak ingin kelihatan terlalu terdesak dan terburu-buru.
Dan pada masa yang sama, sedikit demi sedikit aku cari tahu mengenai latar belakang kau.
Sungguh, Allah permudahkan.
Mengenali kau mengajar aku untuk terus berpaut dan bergantung kuat hanya pada Dia.
Segalanya tentang kau aku luahkan pada Dia.
Sedikit demi sedikit aku tahu mengenai kau.
Dengan bantuan rakan kelasku, rakan kelasmu hihi.

Kehadiran ku menjadi lebih jelas di matamu saat hadirnya hari lahirku mungkin?
Aku sendiri tidak mengerti perasaan kau terhadap aku.
Nak dijadikan cerita,
15 Mac 2016, hari lahir ku
My besfriend of course Roro planned something with my classmate.
Prank birthday i guess? hahaha.
Nafas terhenti, jantung berdegup laju, kaki rasa lemah macam nak pengsan.
Terima kasih untuk memori itu.

Aku teruskan rancangan ku untuk mendekati mu dan mencipta memori sebelum kita
tinggalkan kehidupan kita di matriks.
Aku tidak tahu sama ada kau memang sudah tahu pengirim kek batik itu?
Dan aku tidak tahu apa reaksi mu ketika memakan kek batik itu.
Sedap kan kan kan? hihi

Seminggu sebelum PSPM 2 berlangsung, study week.
Aku manfaatkan sepenuhnya.
Ke library, jauh di hujung sudut aku lihat kau khusyuk membaca.
Rinduku terubat.
Seminggu itu ada saja detiknya kita terserempak.
Hati ini rasa tenang setiap kali melihat wajahmu.

Hati ini juga berdebar setiap kali messenger dari facebook berbunyi.
Tangan ini bergetar setiap kali ingin membalasnya.
Sehinggakan aku tidak sengaja tertekan butang send dan kau masih melayan aku ketika itu.
Indah nya.

Hingga satu saat aku fikir,
Aku nak luangkan satu hari tidak lama hanya beberapa minit dengan kau pun jadi lah.
Dengan muka tak malu, pergi ajak main badminton hahaha.
Tapi hampa.
Sedih juga waktu tu.
Tapi benar kata Allah, Selepas kesedihan pasti akan ada kegembiraan.
Messenger berbunyi.
Hilang semua marah , hilang semua sedih, hilang semua rasa.
Hanya tinggal gembira dan bahgia.

Dan akhirnya,
Hari terakhir kita pun tiba,
Namun aku sendiri pelik kenapa aku tidak punya rasa takut untuk berjauhan dengan kau.
Jauh di mata dekat di hati.
Doa.
Itu penguat aku.
Kertas terakhir, aku buat satu lagi kerja gila.
Ajak bergambar berdua.
And suprisingly kau setuju.
Punya lah bergetar bila dah habis paper tu.
Masih aku ingat saat itu.
Takkan pernah aku lupa.
Jika aku mampu untuk rakamkan detik itu, aku teringin sekali ingin melakukannya.

Selepas matriks, kita tidak pernah contact
Tapi aku tidak risau dan gusar kerana doa ku moga Dia jaga kau untuk aku.
Hati aku terasa dekat denganmu.
Terima kasih, mengenali mu juga membuatkan aku lebih dekat dengan Dia.


Aku tak pernah menyesal kenal kau.
Sikit pun tak pernah.
Terima kasih untuk segala memori yang pernah kau berikan untukku Mr.RH :)
Best Tak? Sila Like ! Komen Sekali Taw ! :)



hak milik penuh http://noraininaosman.blogspot.com/